“Ini Patut Rasa Bangga Ke?” – Wanita Dikecam Rakam ‘Maid’ Terpaksa Cuci Tandas Sambil Dukung Anak

Kehidupan

“Ini Patut Rasa Bangga Ke?” – Wanita Dikecam Rakam ‘Maid’ Terpaksa Cuci Tandas Sambil Dukung Anak

Tindakan seorang wanita merakam video ketika pembantu rumahnya sedang mencuci bilik air mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram dan Facebook itu, pembantu rumahnya dilihat sedang sedaya upaya mencuci lantai bilik air sambil mendukung anak majikannya.

Advertisement

Menurut wanita itu, anaknya sangat rapat dengan pembantu rumah berkenaan sehinggakan tidak mahu berpisah.

Disebabkan itu, pembantu rumah tersebut dilihat struggle untuk memberus lantai bilik air tersebut kerana perlu mendukung kanak-kanak berkenaan pada masa yang sama.

Tindakannya merakam situasi berkenaan mengundang kritikan sesetengah netizen yang menegurnya kerana tidak membantu pembantu rumah ketika itu.

Malah, ramai yang berkata wajah pembantu rumah tersebut nampak stress kerana diperlakukan sebegitu. Ada yang turut mencadangkan solution jika anaknya memang benar-benar tidak boleh renggang dengan anaknya.

Segelintir netizen menegur tentang keselamatan anaknya kerana lantai bilik air tersebut licin dan pembantu rumah boleh tergelincir ketika membuat kerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pekerja
7 bulan lalu

(VIDEO) "Aku Respect Kau Bro" - Nampak Pekerja Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Netizen Puji Majikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini