Seorang pengguna media sosial Twitter semalam ada berkongsikan pengalaman lucu mengenai kakaknya yang telah ‘memperdaya’ kembali ‘scammer’ yang cuba untuk membeli manisan menerusi WhatsApp.
Dalam untaian Tweet tersebut, wanita itu bercerita tentang cara-cara ‘scammer’ itu cuba untuk menipu kakaknya dengan menghantar resit pembayaran yang telah disunting.
Check number di Truecaller, memang pula scammer.
Agak²lah bha kalau mau jadi scammer pun. Belajar edit bagus² kah apa ??? pic.twitter.com/S56Mhwsw5a— ?? ????? ?? (@SumandakSabah_) April 5, 2022
Namun, kakak kepada individu tersebut sudah menyedari bahawa ia adalah taktik biasa ‘scammer’ yang cuba untuk membeli barang namun enggan membayarnya.
Malah, resit yang dihantar ‘scammer’ tersebut turut jelas kesan disunting dan nombor telefon individu itu juga telah dikesan sebagai ‘scammer’ di aplikasi Truecaller.
Selain itu, ‘scammer’ itu juga berpura-pura menghantar resit yang salah dan meminta kakaknya untuk menghantar baki pembayaran amaun yang tersilap tadi.
Tidak melatah dengan perkara tersebut, si kakak itu kemudian enggan membayar kembali baki tetapi menawarkan ‘brownies’ sebagai ganjaran.
Setelah mengetahui taktiknya ‘kantoi’, ‘scammer’ tersebut telah menghalang akses WhatsApp kakaknya itu.
Terhibur dengan tindakan peniaga kek dan manisan itu, ramai netizen puas hati melihat ‘scammer’ tersebut gagal dalam modus operandi untuk mendapatkan wang secara haram.
Dalam pada itu, netizen juga menasihatkan agar penjual barangan dalam talian untuk sentiasa keluar masuk wang di dalam akaun masing-masing setelah menerima pembayaran daripada pelanggan.