“Benci Habis Ni..”- Jadi Mangsa Penceraian, Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

Kehidupan

“Benci Habis Ni..”- Jadi Mangsa Penceraian, Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

Satu video dilaporkan telah tular di media sosial Twitter hari ini apabila ia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki telah dinafikan haknya untuk berjumpa dengan bapa kandungnya sendiri akibat penceraian.

Dalam video berdurasi 1 minit lebih itu, seorang lelaki dipercayai bapa kandung kanak-kanak tersebut dilihat menangis kerana dapat berjumpa anaknya setelah dihalang untuk berjumpa dan berhubung selama setahun.

Advertisement

Si bapa kemudiannya nekad untuk bertemu kanak-kanak tersebut di sekolah anaknya meskipun bapa tiri dan bekas isteri telah memanggil polis bagi menghalang niatnya itu.

Namun, pihak polis telah mengizinkan perjumpaan itu kerana tiada kesalahan untuk berbuat demikian.

Apa yang menyedihkan adalah apabila si bapa berasa terkejut kerana anaknya itu telah ‘ditukar’ nama dan dibinkan dengan bapa tiri.

Twitter

Lelaki itu yang bertanya nama si anak kelihatan sedih dan hanya mampu menggelengkan kepala setelah kanak-kanak itu menjawab namanya yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih melihat nasib kanak-kanak itu yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa.

Ramai yang mendoakan agar si kecil itu menjadi anak yang soleh dan tidak melupakan bapa kandung sendiri apabila besar nanti.

ayam goreng busuk
2 years ago

“Jangan Aniaya Orang”- Jual Ayam Goreng Tak Basuh, Netizen Mual Tengok Makanan Di Bazar Ramadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...