“Ini Kes Awak, Awak Yang Failkan Takkan Tak Tahu..” – Shuhada Terima Jika Hafidz Roshdi Dikenakan Waran Tangkap

Hiburan

“Ini Kes Awak, Awak Yang Failkan Takkan Tak Tahu..” – Shuhada Terima Jika Hafidz Roshdi Dikenakan Waran Tangkap

Masih berlanjutan isu ini, bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa kecewa dan marah apabila bekas suaminya itu tidak memberi kerjasama untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes Hadanah melibatkan anak-anak mereka.

Tidak mahu berlembut

Kata Shuhada, dia berasa marah ketika Hafidz terlihat seolah-olah tidak ingin mengambil tahu dengan kes mahkamah tersebut. Tambahan pula, dia sendiri tidak tahu motif bekas suaminya itu memfailkan kes berkenaan namun enggan hadir dan banyak alasan.

Advertisement

Saya rasa marah sangat sebab dia macam tak tahu apa benda yang berlaku. Kau nak menjawab pun, kau jawab salah jadi saya bidas.

 

Saya malas dah nak berlembut dengan orang yang tak nak berlembut. Ini kes awak, awak yang failkan takkan tak tahu hari sebutan kes atau bicara. Bukan nak provoke tapi nak dia tahu yang apa yang dia buat. Kau nak failkan untuk apa? Kau nak ambil apa sebenarnya?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Perjuangkan hak anak-anak

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang anak ini juga tidak menolak sekiranya tindakan undang-undang iaitu mengeluarkan waran tangkap terhadap Hafidz itu dilakukan. Katanya, jika hal tersebut mampu bantu mereka menyelesaikan isu tersebut, Shuhada dengan terbuka hati terima.

Kalau benda tu yang boleh gesa dia untuk percepatkan kes ini, kenapa tidak? Saya akan memperjuangkan hak anak-anak sampai ke titisan terakhir.

 

Saya diamanahkan oleh Allah untuk jaga anak-anak saya, Umar dan Humairah untuk beri mereka kehidupan yang terbaik saya boleh bagi, InsyaAllah.

 

Kalau kita tak boleh nak jadi suami isteri yang terbaik, boleh tak kita jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak? Jadi tak payah nak ada ego masing-masing. Kita selesaikan untuk anak-anak.

@buletin.tikt0k #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas ♬ original sound – buletin.tiktok 📽️🔥

Terdahulu, Hafidz telah memfailkan tuntutan hadanah terhadap dua anak mereka pada 16 Mei tahun lepas. Namun, pada 31 Oktober 2023, Shuhada pula memfailkan permohonan memasukkan nama ibunya sebagai penjaga anak-anak mereka dan diluluskan permohonan tersebut.

Hafidz
1 month ago

"Maaflah, Biarlah Benak Ubi Tapi Betul" - Hafidz Roshdi Pertahan Tindakan Tak Hadir Mahkamah, Bidas Balik Teguran Shuhada

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...