“Maaflah, Biarlah Benak Ubi Tapi Betul” – Hafidz Roshdi Pertahan Tindakan Tak Hadir Mahkamah, Bidas Balik Teguran Shuhada

Hiburan

“Maaflah, Biarlah Benak Ubi Tapi Betul” – Hafidz Roshdi Pertahan Tindakan Tak Hadir Mahkamah, Bidas Balik Teguran Shuhada

Susulan bekas isteri, Nurul Shuhada yang tampil menegur sikap sambil lewa yang ditunjukkan Hafidz Roshdi ketika sesi perbicaraan di mahkamah tempoh hari, pelakon itu tampil membidas ibu kepada anak-anaknya itu kembali di Instagram Story.

Hafidz bidas balik Shuhada

Tegas Hafidz, dia sememangnya tidak perlu hadir ke mahkamah kerana prosiding yang berlangsung hanyalah melibatkan keputusan untuk menambah penama bagi penjaga anak-anaknya.

Advertisement

Hafidz

Sebutan kes tak perlu hadir ya. Harap maklum. Minta maaf ya, bulan puasa ni salah pula, tak pasal-pasal kena bodoh dan benak ubi. Ya, betul keputusan kes, tapi ianya adalah keputusan orang yang memohon sesuatu.

Contoh sekarang, anak guam mohon untuk menambah penama dalam hak jagaan, jadi dialah yang kena hadir. Saya tak perlu hadir. Saya dah lantik peguam, kalau peguam hadir, anak guam tak hadir pun tak mencacatkan prosiding kes. Keputusan tetap boleh dibacakan sebab peguam yang dilantik hadir.

Pesan agar jaga mulut

Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada individu untuk sentiasa menjaga tutur kata apatah lagi ketika berada dalam bulan mulia Ramadan.

shuhadaSumber : Instagram  

Itu la, bulan puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga digalakkan berkata yang baik-baik dan benar. Maaflah, biarlah benak ubi tapi betul.

Point yang penting: Saya tak wajib hadir dan saya sendiri nak selesaikan kes ini cepat-cepat. Selamat berpuasa.

Terdahulu, Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada sepatutnya hadir ke mahkamah bagi tujuan sebutan kes hak penjagaan anak namun pelakon itu dilaporkan tidak hadir.

Menurut Shuhada, Hafidz sudah beberapa kali tidak hadir ke mahkamah sekaligus membuatkan dia kesal selain meminta bekas suaminya itu memberikan kerjasama sebaiknya dan tidak bersikap sambil lewa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 weeks ago

"Jangan Lah Tunjuk Bodoh Tu Sampai Tak Tahu.." - Geram Hafidz Roshdi Tunjuk Pandai, Shuhada Bidas Semula Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...