Susulan penamatan kontrak sebagai penyampai radio di Suria FM buat Tyzo sememangnya memberi kesan yang besar kepada DJ Lin akibat dikecam netizen dalam media sosial.
Ramai yang menganggap DJ Lin atau nama sebenar, Roslinda Abdul Majid punca penamatan kontrak secara mengejut itu berlaku, memandangkan dirinya pengurus besar untuk stesen terbabit.
Anak-anak jadi sasaran kecaman netizen
Lebih mengeruhkan keadaan, anak-anaknya yang tiada kaitan dalam hal ini turut terkena tempias dengan kata-kata yang kurang enak daripada netizen.
Kecam saya tiada masalah, tetapi jangan sentuh anak saya. Mereka dihukum tanpa asas yang kukuh. Mereka juga ada perasaan.
View this post on Instagram
Terima kecaman dengan hati terbuka
Tidak menyalahkan netizen kerana tidak tahu cerita sebenar, DJ Lin menerima segala kecaman yang dilemparkan dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai proses pembelajaran buatnya.
Tak sangka 2024 dibuka dengan kontroversi. Ini adalah kecaman hebat buat saya akibat tuduhan yang dibuat Tyzo.
“Tipu tak terasa hati”
Biarpun terima dengan hati terbuka, DJ Lin akui tetap terasa hati apabila membaca komen-komen daripada netizen tetapi yakin semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Tambahnya lagi, kritikan netizen tidak mematahkan semangatnya untuk terus kekal berada dalam industri radio, malah kena kuat demi jenama Suria yang dipertahankan selama ini.