“Dia Dah Tak Relevan, Perubahan Perlu Dibuat” – Petisyen Dilancarkan Oleh Netizen, Gesa DJ Lin Letak Jawatan

Hiburan

“Dia Dah Tak Relevan, Perubahan Perlu Dibuat” – Petisyen Dilancarkan Oleh Netizen, Gesa DJ Lin Letak Jawatan

Nama DJ Lin hangat menjadi sebutan selepas ramai mengkritiknya berkenaan perselisihan bersama rakan penyampai radio, Tyzo sebelum ini.

Meskipun Pengurus Besar Suria FM itu belum memberikan apa-apa kenyataan namun masyarakat dilihat lebih berpihak kepada Tyzo.

Advertisement

 

Siap ada petisyen?

Punyalah marah dengan DJ Lin, sehinggakan ada individu yang bersungguh membuat petisyen di change.org yang memintar agar DJ Lin meletakkan jawatan.

Petisyen yang dimulakan oleh individu yang menggunakan nama Mohd Faizal Legacy itu juga meminta agar segmen dikendalikan DJ Lin dibubarkan.

DJ Lin

 

Mahu Tyzo dan Rara kembali bersama

Bukan itu sahaja, Mohd Faizal juga turut membuat permintaan agar Tyzo dan Sharifah Shahirah atau Rara kembali bersama mengendalikan segmen Suria Petang.

Kami percaya DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan. Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya.

Mohd Faizal turut berkata menerusi Laporan Penyiaran Malaysia, data terkini menunjukkan penurunan mendadak dalam jumlah pendengar di stesen radio tersebut.

petisyen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak