“Ini Isteri Dato’ Nd Lala..” – Rakan Sekelas Shila Amzah Jadi Madu, Isteri Sahkan Spekulasi Di Instagram

Hiburan

“Ini Isteri Dato’ Nd Lala..” – Rakan Sekelas Shila Amzah Jadi Madu, Isteri Sahkan Spekulasi Di Instagram

Isteri kepada penyanyi ND Lala hari ini dilihat mengemas kini satu  hantaran Instagram yang sebelum ini menjadi tanda tanya netizen di media sosial.

Dalam hantaran yang tular itu, Fauziah memaklumkan wanita yang terpampang di profil Instagram itu adalah isteri kedua kepada suaminya, Dato’ ND Lala.

Advertisement

Menulis kapsyen ringkas, “Isteri Dato’ ND Lala, Datin Siti Munirah Abd Ghani”, Fauziah sekaligus mengesahkan wanita adalah madunya.

Difahamkan, wanita berkenaan tidak asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah kepada anak mereka, Shila Amzah.

Siti Munirah dikatakan sering berkunjung ke rumah mereka ketika majlis keramaian bersama ahli keluarga selain pernah bersekolah bersama Shila di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.

Hantaran itu ternyata telah menuai pelbagai komen daripada warga maya yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu yang dianggap ‘penyondol’ dalam rumah tangga Fauziah dan ND Lala.

Shila Amzah
1 year ago

Isu 'Penyondol' Dalam Rumah Tangga Ibu Bapa, Ini Respon Shila Amzah - "Sebagai Anak Sulung, Dia..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...