Isu ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Ibu Bapa, Ini Respon Shila Amzah – “Sebagai Anak Sulung, Dia…”

Hiburan

Isu ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Ibu Bapa, Ini Respon Shila Amzah – “Sebagai Anak Sulung, Dia…”

Susulan pendedahan isteri penyanyi ND Lala, Fauziah Sarman di Instagram mengenai seorang wanita yang didakwa ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka, Shila Amzah selaku anak difahamkan masih belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Perkara itu dimaklumkan Aini, yang merupakan pengurus peribadi Shila Amzah.

Advertisement

Kata Aini, Shila memohon maaf dan diminta untuk diberikan masa bagi mengeluarkan sebarang respon berhubung perkara itu.

Bulan puasa ni dia (Shila) banyak berehat. Minta maaf banyak-banyak, Shila tak dapat beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Beri Shila sedikit masa ya.

Shila juga difahamkan berada dalam keadaan baik dan sedang cuba untuk menjernihkan keadaan.

Shila okay, Alhamdullilah. Biasalah, bila hal keluarga macam ni, Shila sebagai anak sulung kena ambil tanggungjawab selesaikan sesama keluarga.

Hantaran yang dibuat ibu Shila semalam sekaligus telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang meneka sama ada wanita berkenaan adalah madu kepada Fauziah.

Difahamkan, wanita berkenaan bernama Siti Munirah dan merupakan rakan sekolah Shila Amzah.

Siti Munirah juga didakwa sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu dan Shila juga pernah memuat naik hantaran di Instagram yang sedang ‘mencari’ wanita itu.

Mamazie nd lala penyondol
1 year ago

(FOTO) "Penyondol.." - Isteri ND Lala Dedah Wajah Wanita Di Instagram, Kapsyen Ringkas Berbaur Perosak Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...