Isteri kepada penyanyi ND Lala hari ini dilihat mengemas kini satu hantaran Instagram yang sebelum ini menjadi tanda tanya netizen di media sosial.
Dalam hantaran yang tular itu, Fauziah memaklumkan wanita yang terpampang di profil Instagram itu adalah isteri kedua kepada suaminya, Dato’ ND Lala.
Menulis kapsyen ringkas, “Isteri Dato’ ND Lala, Datin Siti Munirah Abd Ghani”, Fauziah sekaligus mengesahkan wanita adalah madunya.
Difahamkan, wanita berkenaan tidak asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah kepada anak mereka, Shila Amzah.
Siti Munirah dikatakan sering berkunjung ke rumah mereka ketika majlis keramaian bersama ahli keluarga selain pernah bersekolah bersama Shila di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.
Hantaran itu ternyata telah menuai pelbagai komen daripada warga maya yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu yang dianggap ‘penyondol’ dalam rumah tangga Fauziah dan ND Lala.