Semalam, tular satu hantaran di media sosial Facebook mengenai kemalangan kereta di Miri yang menyebabkan pemandu dan juga penumpang kereta jenis BMW itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Namun, apa yang menjadi buah mulut netizen adalah apabila pemandu kereta yang meninggal itu pernah didakwa membunuh rakan sekelasnya pada tahun 2011.
After choking her to death, he tied her head in a black plastic bag, and dumped her body in a ditch near the outskirts of miri. These few weeks i feel the sense of missing her alot, especially since its her birthday early next month and i plan to return miri to visit her grave.
— DarrellLuke (@DarrellLuke) April 14, 2022
Yang lebih mengejutkan, pemandu berkenaan dilanda tragedi tragis itu di lokasi yang sama mayat rakan sekelasnya ditemukan.
Pada 25 Mac 2011 yang lalu, mendian Tiffany Wong telah ditemukan mati di sebuah longkang kecil di Jalan Beraya Lama, Bakam dan tidak pulang setelah keluar bersama suspek.
Menerusi laporan, pemandu kereta BMW itu telah dibebaskan daripada tuduhan membunuh Tiffany kerana bukti yang tidak mencukupi.
Berikutan itu, ramai netizen beranggapan bahawa kematian pemandu itu telah menerima ‘karma’ atau balasan atas perbuatannya dulu.
Malah ada juga yang mengatakan roh mendiang Tiffany ‘tidak tenang’ dan menunggu untuk membalas dendam.
Pengajaran buat manusia. Buat benda tak baik pasti ada balasannya.
Rakan-rakan yang mengenail Tiffany juga berpendapat yang sama dan kisah tersebut sedikit sebanyak telah mengimbau kembali memori kes kejam itu pada hari ini.