“Ini Bukan Pendapat, Tak Tahu Baca Ke?” – Dikecam Tegur Alya Iman Pasal Aurat, Afiq Muiz ‘Koyak’ Dengan Netizen?

Hiburan

“Ini Bukan Pendapat, Tak Tahu Baca Ke?” – Dikecam Tegur Alya Iman Pasal Aurat, Afiq Muiz ‘Koyak’ Dengan Netizen?

Pelakon Alya Iman menegaskan bahawa dia enggan lagi dikaitkan dengan arwah bapanya gara-gara keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Alya yang ditemu bual Gempak mengenai isu tersebut turut menarik perhatian pelakon Afiq Muiz.

Advertisement

Afiq menerusi ruangan komen hantaran tersebut menasihatkan agar Alya berfikir semula mengenai keputusannya itu memandangkan ia akan membuatkan aktres itu disiksa di akhirat.

Keputusan melawan perintah Allah dan Rasul ke, fikir la sebab perempuan tak bertudung konfirm disiksa Alya.

Komen Afiq itu kemudiannya mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap dia tidak layak untuk memberi nasihat kepada Alya.

Mufti Menk pun pernah cakap kalau bab aurat wanita ni lelaki bukan keluarga tak payahlah bagi pendapat. Lebih baik wanita yang beri nasihat, abang ni abang dia ke? Over. – netizen

Afiq kemudian membalas komen individu itu dan mengatakan bahawa Nabi juga akan memberi teguran dalam soal aurat.

Ini bukan pendapat, tak tahu baca ke? Bagi aku, Nabi pun lelaki tegur fasal aurat wanita, jangan over over pula tapi bengap.

Terdahulu, Nama Alya Iman mula menjadi perbualan hangat apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sekitar Mei lalu.

Alya Iman
10 months ago

"Berhenti Kaitkan Saya Dengan Arwah Abah" - Alya Iman Sedih Nama Azmil Mustapha 'Dipetik' Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...