“Ini Betul-Betul Jadi, Bukan Sinetron Indonesia..” Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Hiburan

“Ini Betul-Betul Jadi, Bukan Sinetron Indonesia..” Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Penyanyi dan juga usahawan, Siti Sarah mengakui dirinya seriau dan fobia apabila mendengar berita mengenai kejadian bayi yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain, baru-baru ini.

Ujar Sarah, perkara itu sering dilihatnya terjadi hanya dalam drama namun kini sudah berlaku di alam realiti.

Advertisement

siti sarah
3 years ago

'Kemain Seronok Nak Dapat Adik..' - Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

Dia yang kini sarat hamil benar-benar terkesan dengan berita itu dan berharapa perkara seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.

“Berdiri bulu roma saya. Seriau Ya Allah bila baca cerita ni. Lagipun sekarang saya sedang sarat hamil. Kalau dalam sinetron Indonesia ada cerita Puteri Yang Ditukar, ini betul-betul jadi bukan sinetron atau cerekarama.”

Kata penyanyi lagu Kesetiaan ini lagi, perkara serius seperti itu seeloknya dijadikan pengajaran untuk semua pihak dan tidak sepatutnya berlaku kerana membabitkan darah daging serta masa depan anak dan keluarga.

Terdahulu, media melaporkan kejadian di mana dua wanita iaitu Siti Suriani Wahiddin dan Diana Hanani Abdullah telah tertukar bayi masing-masing selepas melahirkan anak bertempat di sebuah perubatan swasta, Shah Alam, Selangor.

Kejadian itu dilaporkan hanya disedari selepas wanita tersebut pulang ke rumah dan kemudiannya tular di media sosial setelah menghebahkannya melalui Facebook Live.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...