Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Kemain Seronok Nak Dapat Adik..’ – Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

siti sarah

Hanya tinggal menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat tidak lama lagi, penyanyi Siti Sarah memanjatkan rasa syukur kerana diberikan rezeki ini bersama suaminya.

Advertisement

Menerusi video hantaran terbaru di akaun Instagramnya, Sarah dah suaminya, Shuib menunjukkan gambar terbaru ultrasound bayinya itu kepada anak-anaknya dan meminta mereka untuk meneka jantina bayi tersebut.

InsyaAllah.. so yang keempat ni korang rasa lelaki atau perempuan? Budak-budak ni kemain seronok nak dapat adik. Saya doakan pasangan yang belum dapat baby, Allah kurniakan cahaya mata yang soleh.

Rata-rata yang komen di hantaran tersebut turut meneka sekali jantina bayi keempat yang bakal dilahirkan itu dan juga mendoakan agar segala urusan Sarah dipermudahkan.

Advertisement
siti sarah Sumber : Instagram Siti Sarah  

 

Sekadar makluman, terdahulu Siti Sarah dan Shuib Sepahtu telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Februari 2011 dan pasangan itu telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top