Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ingkar Tiga Perintah Mahkamah: Awie Kena Notis Tunjuk Sebab

Enggan mematuhi tiga perintah mahkamah sebelum ini termasuk menyerahkan anak sulung mereka Putra Ahmad Merrah kepada Rozana Misbun selepas mendapat hak penjagaan sementara terhadap anak-anak mereka,  Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur  telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Awie semalam.

Advertisement

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain memerintahkan Awie memberi penjelasan kukuh kepada mahkamah berhubung isu berkenaan pada 11 Januari 2016.

Jika Awie gagal untuk memberikan alasan yang kukuh beliau boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah dan boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan serta denda maksimun RM 2,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Hakim Syarie, Ibrahim Deris memutuskan Rozana mendapat hak penjagaan sementara anak-anak  dan Awie hanya diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Advertisement

Awie juga dilarang daripada mengambil atau mengacau anak-anak berkenaan di kediaman anak-anak tersebut tinggal atau di sekolah atau di mana-mana tempat selain yang dibenarkan oleh mahkamah.

Sumber Berita: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top