Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ingin Jaga Privasi Keluarga: Lana Nodin Rahsiakan Jantina Anak

Beberapa hari lepas, Lana Nodin mengumumkan bahawa beliau sudah hamil dan usia kandungan beliau sudah mencecah trimester kedua. Satu berita yang beliau tidak jangkakan selepas merasa tidak sedap badan.

Advertisement

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Lana dan suami dan berharap kedua-dua ibu dan bayi didalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina anaknya kerana ingin menjaga privasi keluarga.

Tiada sebab yang khusus tetapi lebih kepada privasi kepada keluarga. Bagi saya, dalam tempoh masa ini biarlah keluarga sahaja yang tahu jantinanya terlebih dahulu.

Bukan bermaksud sorokkan anak kerana sampai masanya saya tetapi akan beritahu kepada umum jantina anak saya. Buat masa ini, biarlah rahsia.

Apa yang penting sekarang ini Lana Nodin menjaga kesihatan beliau dan bayi agar mereka selalu berada dalam keadaan sihat. Jangan cepat tertekan dan membuat kerja berat. Semoga proses kelahiran nanti akan dipermudahkan.

Sumber Berita: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama