Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Lana dan suami dan berharap kedua-dua ibu dan bayi didalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina anaknya kerana ingin menjaga privasi keluarga.
Tiada sebab yang khusus tetapi lebih kepada privasi kepada keluarga. Bagi saya, dalam tempoh masa ini biarlah keluarga sahaja yang tahu jantinanya terlebih dahulu.
Bukan bermaksud sorokkan anak kerana sampai masanya saya tetapi akan beritahu kepada umum jantina anak saya. Buat masa ini, biarlah rahsia.
Apa yang penting sekarang ini Lana Nodin menjaga kesihatan beliau dan bayi agar mereka selalu berada dalam keadaan sihat. Jangan cepat tertekan dan membuat kerja berat. Semoga proses kelahiran nanti akan dipermudahkan.