Penerbit dan juga pelakon Datuk Ziela Jalil yang sebelum ini ‘berehat’ seketika daripada dunia seni kerana dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah dalaman syarikatnya iaitu Pena Creative berkata dia ingin bangkit semula dan kembali aktif.
Tidak menjelaskan secara terperinci apakah ujian dan masalah yang menimpa syarikat penerbitannya itu, Ziela berkata dia kini tabah dan sedang mengatasinya satu persatu.
Banyak masalah dalaman, kan sudah dau tahun kita tidak bekerja. Hanya Allah saja yang yang tahu, saya kena selesaikan satu persatu. Macam mana pun kita kena menghadapinya dengan tabah, selepas selesai InsyaAllah kita bangkit semula.
Dia menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui wartawan Sudirman Mohd Tahir yang bertanyakan mengenai kehilangan wanita itu untuk kembali menerbitkan semula drama.
Selain itu, Ziela sempat menyentuh mengenai pelakon kontroversi Fathia Latif yang pernah membintang beberapa drama popular hasil terbitannya.
Kata Ziela, aktres itu wajar diberi peluang untuk kembali dalam industri seni kerana Fathia seorang yang berbakat dan berjasa dalam memberi rating yang tinggi kepada stesen televisyen.
Saya sayang dia, dia baik dan menghormati orang. Bagi saya suatu masa semua kita akan hadapi dugaan. Tak adil hukum dia, dia dah berubah jadi baik. Fathia pernah bagi stesen televisyen bisnes (rating drama).
Tambahnya lagi, pemilihan pelakon berdasarkan pengikut di media sosial adalah tidak patut dijadikan penanda aras sesebuah naskah kerana seseorang pelakon perlulah dilihat pada bakat dan ilmu lakonan berbanding populariti.
Selain menerbitkan drama, Ziela merupakan pelakon terkenal sekitar tahun 90-an dan pernah membintangi filem seperti Tarzan Rimba, Rozana Cinta 87, Driving School dan banyak lagi.