Syed Osman Akui Pernikahan Dengan Ziela Jalil Dirahsiakan Daripada Isteri Pertama Pada Awalnya

Hiburan

Syed Osman Akui Pernikahan Dengan Ziela Jalil Dirahsiakan Daripada Isteri Pertama Pada Awalnya

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar sendiri telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai kisah perkahwinannya dengan penerbit Datuk Ziela Jalil.

Menurut lelaki itu, dia mempunyai alasan yang kukuh bagi merahsiakan perkahwinan tersebut selama dua tahun lamanya sebelum didedahkan anaknya sendiri di laman media sosial.

Advertisement

“Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya.”

Bagaimanapun, selepas berita itu disampaikan sendiri oleh anaknya, dia merasakan bahawa sudah tiba masa ianya dikongsikan kepada orang ramai.

“Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama.”

ziela jalil dan suamiSumber : Berita Harian  

Malah Syed Osman juga jujur mengakui bahawa majlis pernikahan dengan Ziela berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

“Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.”

Meskipun sukar menerima berita tersebut pada awalnya, namun berkat doanya, akhirnya isteri pertama dan anak-anak boleh menerimanya.

“Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan. Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik.”

Jelas Syed Osman lagi, bukan mudah baginya untuk mengharungi hidup berpoligami ini. Namun ia bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil terhadap kedua-dua isteri.

“Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.”

ziela jalil dan suamiSumber : Berita Harian  

Masih lagi dalam proses pembelajaran, lelaki tersebut sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri.

Sekadar pengetahuan, perkahwinan Syed Osman bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata manakala Ziela pula pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Megat Junid pada 1991 dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Selain itu, Ziela juga memiliki seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...