Gara-gara seluar dalam, seorang lelaki terpaksa memujuk isterinya yang salah sangka.
Perkongsian seorang lelaki di Twitter mendapat perhatian dan membuatkan ramai netizen terhibur.
Kata lelaki tersebut dia tinggal dia flat dan kisah bermula apabila dia mengangkat pakaian di ampaian rumahnya.
Haritu masa bini aku takde, aku nampak spender ni kat ampaian rumah aku. Aku pun kutiplah sebab aku ingatkan spender bini aku.”
Namun, rupa-rupanya seluar dalam itu bukan milik isterinya. Disebabkan itu, wanita berkenaan menyangka suaminya ada membawa perempuan lain ke rumah mereka.
Aku ni duduk rumah flat. Haritu masa bini aku takde, aku nampak spender ni kat ampaian rumah aku. Aku pun kutiplah sebab aku ingatkan spender bini aku.
Sekarang dia tengah menangis kata aku bawa perempuan masuk rumah. Spender siapalah aku kutip ni. Balerrrr?? pic.twitter.com/jSP5dHP8TG
— Aimzama (@Aimzama__) February 14, 2022
Dia yang turut berkongsi hal itu di Facebook berasa sedikit lega apabila ada salah seorang jiran dapat membuktikan bahawa tiada perempuan lain dibawa masuk ke rumah.
Jiran pun nampak spender tu kat ampaian aku. Mujur ada penyelamat. Syukurrrrrrrrrrr.”
Perkongsian itu membuat ramai tertawa dengan kisah lucu dilalui lelaki berkenaan. Rata-ratanya memberikan respon masing-masing selain ada yang turut mencadangkan sesuatu yang lucu.
Seorang individu berseloroh,
Dok umah flat patut tulis no rumah kat spender sebab spender selalu jatuh dari ampaian.”
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.