“Ingatkan Dah Hantar Anak Ke Taska” – Bayi Lapan Bulan Meninggal Dunia, Ibu Tertinggal Dalam Kereta Lebih 9 Jam

Hiburan

“Ingatkan Dah Hantar Anak Ke Taska” – Bayi Lapan Bulan Meninggal Dunia, Ibu Tertinggal Dalam Kereta Lebih 9 Jam

Tergempar, baru-baru ini seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta lebih kurang 10 jam di kawasan parkir kereta Hospital Canselor Tunku Muhriz (HTCM), Cheras.

Perkara yang mengejut dan mengecewakan ini difahamkan kerana ibunya yang juga merupakan seorang doktor di hospital tersebut terlupa menghantar anaknya ke taska sebelum ke tempat kerja.

Advertisement

Pegawai perubatan bertugas menerima bayi itu dalam keadaan tidak bernafas sekitar 6 petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddi, mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta pada jam 7.20 pagi dan sepatutnya dihantar ke tempat penjagaan bagimanapun ibunya terlupa lalu terus ke tempat kerja.

Katanya lagi, ibu mangsa hanya menyedari keadaan anaknya pada waktu petang selepas suaminya memaklumkan bayi tersebut tidak dihantar ke taska.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

hosp

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kanak-kanak ditinggal dalam kereta
8 months ago

"40 Minit Tunggu Tak Datang-Datang" - Lagi Kes Tinggal Anak Dalam Kereta, Menangis Berpeluh Sampai Pucat Muka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...