“Ingatkan Bujang” – Ramai Teruja ‘First Time’ Tengok Keluarga Yassin Senario, Muka Isteri Persis Janna Nick

Hiburan

“Ingatkan Bujang” – Ramai Teruja ‘First Time’ Tengok Keluarga Yassin Senario, Muka Isteri Persis Janna Nick

Nama pelawak, Yassin Yahya kembali menjadi sebutan selepas dia menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ke-lapan bersama Saiful Apek. Yassin sememangnya pelawak yang sangat berbakat, hanya dengan mimik muka saja sudah boleh buat orang tertawa tak kering gusi.

Sejak dari dulu, Yassin jarang sekali mendedahkan serta berkongsi perihal keluarganya di media sosial. Sehinggakan ramai yang menyangka dia ‘bujang terlajak’.

Advertisement

Bagaimanapun, sebuah rakaman video di TikTok baru-baru ini viral menunjukkan Yassin sedang menari bersama keluarga kecilnya.

Menerusi video dari akaun Puteri Warda itu, dia yang berbaju kuning dilihat melayan isteri dan anak perempuannya menari. Ramai netizen memuji kecantikan isteri dan kecomelan anaknya itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut terkejut kerana ini adalah kali pertama mereka melihat isteri dan anak Yassin. Ada juga yang memuji wajah isterinya persis pelakon, Janna Nick.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 1.4 juta tontonan dan ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai respon daripada netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Senario
2 years ago

Menggamit Nostalgia Penonton, Senario Kembali Dengan 'Jaga Jaga Senariounion'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...