Menggamit Nostalgia Penonton, Senario Kembali Dengan ‘Jaga Jaga Senariounion’

Hiburan

Menggamit Nostalgia Penonton, Senario Kembali Dengan ‘Jaga Jaga Senariounion’

Kumpulan lawak legenda tanah air, Senario dikhabarkan menampilkan filem terbaharu berjudul Jaga Jaga Senariounion arahan pengarah popular, Aziz M. Osman yang sedang dalam pembikinan.

Berita gembira itu telah mendapat reaksi positif ramai peminat yang rata-rata tidak sabar melihat Senario kembali beraksi sebagai satu kumpulan.

Advertisement

Ahli kumpulan Senario, Azlee atau nama lengkapnya Mohd. Azlee Jaafar, berkongsi sedikit perkembangan penggambaran filem berkenaan yang sedang dalam pembikinan.

Filem terbaharu Senariounion dalam pembikinan hari ketiga. Arahan Aziz M. Osman atau Abang Long terbitan Botak Production. Syukur Ya Allah.

Senario yang dianggotai Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Yassin Yahya, Hamdan Ramli dan Ilyan Buang merupakan kumpulan lawak paling popular lewat tahun 1990-an.

Info tambahan, Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) sehingga ke separuh akhir pada tahun 2000 (Cari Tapak) dan tahun 2003 (Joget Berbalas Pantun).

Baca: Terbuka Hati Nak Dalami Ilmu Agama, Azlee Senario Seronok Ikut Ebit Lew Berdakwah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...