Penyanyi, Usop tampil menafikan dakwaan tentang dirinya yang dikatakan memukul bakal isteri, Nur Fatihah Md Hashim sehingga mengakibatkan lebam di bahagian matanya.
Usop atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia tidak memukul tunangnya seperti yang didakwa oleh netizen selepas tunangnya itu berkongsi keadaan wajahnya yang kelihatan ungu.
Turut menjelaskan perkara sebenar, Fatihah atau mesra disapa Teha berkata, wajahnya lebam akibat terhantuk di bucu meja menjelang beberapa hari sebelum hari bahagia mereka.
Wahai netizen, tak kan saya pergi pukul tunang saya. Orang lelaki kalau pukul perempuan ni dayus. Ingat saya tak ada akal ke?
Menurut Usop, 25, kurang seminggu sahaja lagi sebelum dia bergelar suami dan tidak menafikan tentang dugaan sebelum kahwin yang dihadapinya.
Sampai nak tidur malam pun tak lena, saya memikirkan saat-saat nak berdepan tok kadi tu.
@usop_97 Reply to @mamadania11 ?
Meninjau di ruangan komen menerusi hantaran TikTok milik Usop, rata-rata pengikut turut mempertahankan penyanyi lagu Sejarah Cinta Ku itu.
“Tak pasal dapat dosa fitnah orang,” tulis seorang pengikut.
“Sabar lah Usop, Usop pun bukan marah tu, netizen pun relax la,” tulis seorang pengguna TikTok.