Setiap pasangan yang bercinta pastinya ingin berkekalan sehingga ke jinjang pelamin namun urusan jodoh pertemuan itu terletak di tangan Tuhan.
Seperti satu perkongsian @aliabangs2 ini di TikTok, dia ada berkongsi pengalamannya menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang mengaku dirinya lelaki tetapi sebenarnya wanita.
Kata Alia, kisah mereka bermula apabila dia berkenalan dan berhubungan rapat dengan seorang ‘lelaki’ yang juga pengikut TikToknya.
Mereka berdua juga sering melakukan panggilan video pada setiap malam namun bentuk tubuh badannya yang seperti lelaki serta bersuara kasar membuatkan Alia tidak berasa curiga.
Sehinggalah pada suatu hari, kawan Alia memaklumkan bahawa teman lelakinya itu sebenarnya seorang wanita, malah mengaku sedang menetap di Arab Saudi dan bekerja sebagai doktor.
Alia kemudian menerima maklumat daripada wanita-wanita lain yang turut menjadi mangsa penipuan ‘lelaki jadian’ berkenaan.
Selain itu, setelah diselidik, Alia juga mendapati bahawa individu itu telah membuat pemalsuan dokumen termasuklah lesen kedoktoran dan juga identiti diri.
Dia kini sedang dalam proses untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan wanita-wanita di luar sana tertipu dengan ‘lelaki jadian’ itu.