Sememangnya kita tahu, hantaran merupakan salah satu perkara yang penting apabila hendak berkahwin, dimana kedua-dua belah akan saling memberi.
Jumlah hantaran itu terpulang kepada pasangan sendiri untuk menentukannya dan ia juga mengikut kemampuan masing-masing, jika berkemampuan lebih, tidak menjadi satu masalah untuk memberi lebih.
Akan tetapi, baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang wanita meluahkan rasa berang terhadap seorang ‘ustaz’ apabila dia berpesan kepada kaum lelaki untuk tidak memberi hantaran yang tinggi jika wanita tersebut mempunyai masalah dalam memberi zuriat.
Jumpa kat fb.. I wonder siapa ustaz ni pic.twitter.com/81794JJpbQ
— Terry Der Freidenker ? #TangkapAzamBaki (@ConferWithTerry) January 24, 2022
Bukan sahaja dari bab hantaran seperti hadiah, malah dari bentuk wang juga ‘ustaz’ itu berkata perlu ikut budi bicara pihak lelaki jika wanita yang ingin dikahwini mempunyai masalah untuk memberi zuriat.
Dalam pada itu, wanita terbabit turut bertanya apakah yang difikirkan oleh kaum lelaki tentang wanita, sehingga dia merasakan kaum lelaki seolah-olah menganggap wanita ini hanya sebagai object sahaja.
Tambahan lagi, dia berkata Islam itu syumul (sempurna) tetapi yang sering merosakkan ia adalah umatnya sendiri dan paling mengecewakan, perkara ini selalunya datang dari orang yang bergelar ‘ustaz’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kata-kata wanita itu dan meluahkan rasa berang wanita dipandang ‘hina’ seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.