“Kalau Dah Kahwin Bagitahu Je, Takut Jatuh Fitnah” – Video Mesra Masya Masyitah Undang Tanda Tanya

Hiburan

“Kalau Dah Kahwin Bagitahu Je, Takut Jatuh Fitnah” – Video Mesra Masya Masyitah Undang Tanda Tanya

Penyanyi remaja, Masya Masyitah dilihat sering berkongsi video kemesraannya bersama teman lelaki telah mengundang tanda tanya orang ramai, sama ada statusnya sudah bergelar isteri.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff dilihat berpegangan tangan dan bermesraan bersama seorang jejaka bernama Idris Woon dipercayai teman lelaki penyanyi itu.

Advertisement

Rata-rata netizen tertanya sama ada pelantun lagu Remuk itu sudah mendirikan rumah tangga bersama lelaki berkenaan dan menasihati untuk membuat kenyataan kepada umum tentang berita gembira tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ada juga segelintir netizen yang menegur peserta Ceria Popstar itu supaya tidak terus mengunci mulut berkenaan status perkahwinan bagi mengelakkan fitnah.

“Sepatutnya kalau betul dia dah nikah kena buktikan takut jatuh fitnah,” tulis seorang netizen.

“Kalau dah kahwin bagitahu sahaja, tak elok jadi asbab orang buat fitnah, kita bukan marah, tertanya-tanya je,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

@masya_legend

You and i ?????? #fyp

? Love Me Like You Do – raay_busquini

Terdahulu, Masya menafikan khabar angin sudah berkahwin pada November lalu namun mengakui hubungan cinta dengan Idris mendapat restu kedua-dua pihak keluarga.

Masya Masyitah
2 years ago

Menari Bersama Dengan Berbaju Tidur, Masya Masyitah Nafi Sudah Berkahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...