“Ingat Duit Boleh Beli Segalanya Ke?” – Maryam Kecewa ‘Brand’ Terkenal Desak Buka Tudung Untuk ‘Photoshoot’

Kehidupan

“Ingat Duit Boleh Beli Segalanya Ke?” – Maryam Kecewa ‘Brand’ Terkenal Desak Buka Tudung Untuk ‘Photoshoot’

Siapa saja yang tidak kenal dengan isteri pempegaruh, Ryzal DurianKimchi iaitu Maryam You Narae yang sering menghiburkan hati netizen dengan telatahnya di media sosial.

Malah, baru-baru ini dia ada memaklumkan di platform media sosial bahawa dirinya sudah pun berhijab dan meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia kekal istiqamah.

Advertisement

Biarpun sudah mendedahkan hal terbabit kepada umur, terbaru, Maryam mendedahkan dirinya terpaksa menolak tawaran photoshoot kerana pihak terbabit menyuruh influencer tersebut membuka tudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uyou Nick (@maryamyunrrr)

Dalam pada masa yang sama, pihak berkenaan turut menyuruh pempegaruh kelahiran Korea itu menipu seandainya ada yang pertikaikan photoshoot tanpa bertudung.

Lagi membuatkan wanita itu berasa kecewa kerana pihak yang menyuruh dia membuat perkara terkutuk itu datang daripada jenama terkenal.

Dimanakah rasa hormat kamu? Adakah anda rasa wang boleh membeli segalanya?

Tegas Maryam lagi, dia sama sekali tidak akan membuka hijabnya biarpun mendapat tawaran wang yang lumayan.

Akhir sekali, wanita berusia 29 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT menguatkan hatinya untuk kekal istiqamah dalam berhijab, selain menolak godaan wang yang ditawarkan.

2 years ago

Dilabel 'Annoying' Cakap BM Slang Korea, Maryam Tegur 'Haters' - "Kalau Tak Nak Dengar Silakan Berambus"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...