Dilabel ‘Annoying’ Cakap BM Slang Korea, Maryam Tegur ‘Haters’ – “Kalau Tak Nak Dengar Silakan Berambus”

Trending

Dilabel ‘Annoying’ Cakap BM Slang Korea, Maryam Tegur ‘Haters’ – “Kalau Tak Nak Dengar Silakan Berambus”

Pasangan pempengaruh media sosial iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae sering menjadi perhatian orang ramai oleh kerana keunikan rumah tangga mereka yang berkahwin campur.

Malah, apa yang lebih menarik minat pengikut adalah karakter Maryam yang lucu dan dilihat sentiasa gigih berbahasa Melayu walaupun berasal dari Korea Selatan.

Advertisement

Bagaimanapun, ada juga individu yang kurang senang mendengar pertuturannya dalam Bahasa Melayu kerana masih mempunyai slang Korea.

Malangnya saya setuju bahasa melayu awak tak jelas dan sangat merimaskan untuk dengar.

Menerusi hantaran di Instagram, Maryam mendedahkan sikap beberapa individu yang sering mempertikaikan tindakannya berbahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, isteri kepada jejaka yang berasal dari Kelantan itu turut dilabel sebagai ‘annoying’ dan diminta untuk hanya menggunakan bahasa Inggeris.

Tidak berdiam diri, Maryam menjelaskan bahawa dia sudah menetap di Malaysia lebih 2 tahun dan tidak pernah mengambil kelas bahasa.

Saya suka belajar BM secara semula jadi. Itu sangat seronok dan senang ingat.

Dalam pada itu, Maryam menegaskan bahawa dia lebih selesa berbahasa Melayu berbanding berbahasa Inggeris.

Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata dia tidak kesah dengan apa yang dikatakan oleh orang lain dan akan tetap menggunakan bahasa Melayu.

Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kekasih Anju
1 year ago

"Move On, Kembali Bertaubat Kepada Allah" - Bekas Isteri Ganggu, Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...