Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan bahawa Malaysia dijangka bakal beralih dari fasa epidemik ke endemik dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Namun, baru-baru ini Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin telah membalas satu ciapan oleh seorang wartawan penyiaran dikenali sebagai Firdaus Azil di laman Twitter yang mengundang kekeliruan orang ramai.
Menerusi ciapan tersebut, Firdaus yang meluahkan rasa bersyukur apabila negara kita telah berada di dalam fasa endemik selepas melalui pelbagai fasa dari PKP, PKPD, PKPB, PKPKPPNT, PKPP, dan PPN.
Jangan dilupa Proklamasi Darurat. Alhamdulillah, masih tidak akan membuka pelitup muka saya di khalayak ramai kecuali makan, mendaki.
Susulan itu, KJ telah menjelaskan bahawa negara kita masih belum berada di fasa endemik. Sebaliknya, berada di fasa peralihan (mungkin perlahan) kepada fasa endemik.
Tidak, kita jauh lagi dari endemik. Endemik adalah apabila penyakit itu tidak merebak secara meluas tanpa langkah-langkah kesihatan awam (seperti memakai pelitup muka).
No, we are not near endemic, yet. This is a (probably slow) transition to endemicity.
Endemic suggests the disease is not widespread without public health measures (like wearing masks). We are far from endemic. https://t.co/nRluc8qe2A— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) April 1, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon. Ada yang masih keliru dengan kenyataan yang diberikan oleh KJ dan ada juga yang menerangkan kenyataan tersebut dengan lebih jelas.
Hmm agak mengelirukan. Apa beza pun endemik atau tidak? – Netizen.
“Mana yang keliru, begini. Malaysia belum lagi fasa Endemik. Kita sedang “Fasa Peralihan ke Endemik”. Ada syaratnya nak ke betul-betul negara endemik. Yang boleh isytihar Endemik hanya WHO, sebagaimana dulu mereka umum Pandemik,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.