“Malaysia Dijangka Beralih Ke Fasa Endemik Dalam Dua Ke Tiga Minggu Lagi” – Menteri Kanan Pertahanan

Berita

“Malaysia Dijangka Beralih Ke Fasa Endemik Dalam Dua Ke Tiga Minggu Lagi” – Menteri Kanan Pertahanan

Malaysia dijangka bakal beralih dari fasa epidemik ke endemik dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, lapor Harian Metro.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihaknya menangguhkan fasa itu kerana masih menunggu laporan situasi semasa kesan daripada banjir, varian Omicron dan pengembara yang kembali ke Malaysia terutamanya dari Arab Saudi.

Advertisement

Beliau dijangka menerima taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar dan pihak lain pada Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 berhubung isu berkenaan minggu depan.

Selepas itu, hal berkenaan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Covid-19 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya lagi, keputusan peralihan ke fasa endemik akan dibuat dan diumumkan oleh Perdana Menteri selepas dipersetujui oleh jawatankuasa terbabit.

Yang penting peralihan tidak dilakukan secara semborono.”

Kita tetapkan tujuh asas perlu dipatuhi orang ramai dan ini boleh kita maklumkan kepada media melalui setiausaha akhbar saya berkaitan dengan pengurangan SOP, pendekatan ujian kendiri dan beberapa perkara lain”

Kita dah kena biasakan diri hidup ‘bersama’ virus COvid-19 ini. Bila masuk fasa endemik ni, harap semuanya tidak terus terleka dan terus patuhi SOP.

Menteri Kanan Pertahanan
2 years ago

Tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh Akan Diadakan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...