Kecoh di media sosial Twitter semalam apabila seorang personaliti media sosial atau ‘influencer’ ini teruk diperli dan dikecam hanya kerana memuat naik momen percutiannya ke Dubai setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Influencer yang juga seorang usahawan baju itu memaklumkan bahawa dia telah pergi bercuti ke negara itu sebagai tanda ‘self-reward’ dengan menaiki penerbangan kelas pertama yang pastinya mewah dan menelan belanja yang tinggi.
Difahamkan juga, influencer ini merupakan pelajar jurusan perundangan di sebuah institut pengajian tinggi awam yang menempatkan pelajar kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan status sosial.
Namun, apa yang menjadi perbualan hangat netizen adalah apabila ramai yang beranggapan bahawa influencer itu telah ‘merampas’ hak pelajar kurang berkemampuan yang lain untuk memasuki Universiti itu.
Malah, dia juga diperli tidak mempunyai ‘common sense’ sehinggakan ada netizen yang ‘mengorek’ harga tiket penerbangan kelas pertama yang dinaiki wanita itu yang mencecah sehingga RM30,000!
First class tiket Emirates dari Kuala Lumpur ke Dubai dalam RM22,000 ke RM30,000. Jika anda mampu untuk bercuti, anda tidak memerlukan subsidi pendidikan. Sepatutnya diberikan kepada anak-anak B40.
Namun, setelah teruk dikecam, influencer itu tampil memberi penjelasan bahawa dia bukanlah dari keluarga yang berada dan segala perbelanjaan itu merupakan hasil simpanan dari pekerjaan yang disimpan semenjak 6 hingga 7 tahun yang lalu.