‘Influencer’ Cleopatra Terkejut Terima Surat Nikah Dengan Bekas Timbalan KPN, Dakwa Tak Pernah Kahwin

Hiburan

‘Influencer’ Cleopatra Terkejut Terima Surat Nikah Dengan Bekas Timbalan KPN, Dakwa Tak Pernah Kahwin

Pensohor media sosial, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin meluahkan rasa terkejut setelah dia menerima sijil nikah dari Thailand yang mencatatkan pernikahannya bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Fathiah yang sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada PRU15 tempoh hari memaklumkan dia sudah memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah semalam mengenai status ‘pernikahan’ dan sijil nikah yang diperolehnya.

Advertisement

Saya berharap dapat selesaikan isu ini secepat mungkin. Saya belum buat laporan polis, saya cuba nak elat kerana tak mahu menjatuhkan reputasi sesiapan.

Namun, Mohd Bakri sebagai responden tidak hadir ke mahkamah syariah kerana penyakit parkinson dan kanser prostat.

Manakala peguam Fathiah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu anak guamnya itu tidak pernah bernikah dengan Bakri di negara jiran menerusi fizikal atau aplikasi zoom dan turut berasa pelik bagaimana sijil nikah dari Thailanda itu dikeluarkan tahun lalu.

Anak guam saya tidak pernah ke Thailand berdasarkan tarikh dinyatakan dalam sijil nikah palsu itu.Kita sudah pun eksibit pasport anak guam yang jelas menunjukkan tiada pergerakan keluar dan masuk ke negara seberang pada tarikh berkenaan.

Manakala peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd Bakri turut mengesahkan perkara yang sama.

“Pihak kami juga sudah meneliti segala permohonan itu dan boleh kami katakan pernikahan antara pemohon dan responden tidak wujud,” katanya. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Taib Mahmud diculik
3 months ago

Wujud Cubaan Culik Taib Mahmud Dari Hospital Oleh Ahli Keluarga, Polis Sahkan Ada Terima Laporan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...