Seorang individu teruk dihentam pengguna Threads selepas membuat hantaran menegur aktivis wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan bercakap tentang isu wanita Islam tanpa mahram dan berada dalam kapal yang sama dengan lelaki ajnabi.
Kapal kecik ya. Bukan ada banyak tempat yang terselindung untuk salin pakaian, qada hajat, tidur, mandi, solat dan lain-lain. Tujuan tidak boleh menghalalkan cara.
View on Threads
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mengecam kenyataan lelaki berkenaan di saat-saat konvoi GSF sedang berdepan detik getir.
Seorang individu persoal semula dan bertanya jika dia pernah nampak wanita yang menaiki kapal membuka aurat malah turut mencadangkannya menonton hantaran Heliza Helmi tentang hal itu sebelum ini.