GSF: Ditahan Tentera Isr*el, 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Berita

GSF: Ditahan Tentera Isr*el, 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Melalui laporan Harian Metro, Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara (SNCC) melaporkan 12 sukarelawan daripada Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat.

sumud flotilla

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, sehingga kini mereka semua dilaporkan berada di atas kapal masing-masing.

Pembabitan 45 negara bukan sahaja daripada Asia, malah turut disertai negara Eropah dan negara anggota Nato seperti Turkiye antara sebab Israel tidak berani melakukan apa-apa tindakan kerana dunia sedang melihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Kata Sani, pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada pelbagai pihak termasuk daripada delegasi Malaysia dan delegasi bukan Malaysia yang berada di atas kapal.

sumud flotilla
2025-10-02 13:23:12

Pasukan Guaman Malaysia Tiba Di Jordan, Runding 12 Sukarelawan GSF Dibebaskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.