Individu Kongsi Tips Tuntut Semula ‘Agent Fee’ RM1,400 Ketika Urusan Sewa Rumah – “Kita Sebenarnya Tak Perlu Bayar”

Kehidupan

Individu Kongsi Tips Tuntut Semula ‘Agent Fee’ RM1,400 Ketika Urusan Sewa Rumah – “Kita Sebenarnya Tak Perlu Bayar”

Satu perkongsian tular di media sosial membuka mata ramai apabila seorang penyewa di Malaysia berjaya menuntut semula ‘agent fee’ berjumlah RM1,478 yang didakwa tidak sepatutnya dikenakan ke atasnya.

Menurut perkongsian di Threads, penyewa berkenaan pada awalnya tidak mempersoalkan bayaran tersebut. Namun selepas mengikuti perbincangan berkaitan isu hartanah, dia menyedari bahawa penyewa lazimnya tidak perlu membayar yuran ejen melainkan terdapat perjanjian bertulis yang jelas.

Advertisement

agent fee

Difahamkan, individu tersebut telah membayar sekitar RM1,400 kepada ejen hartanah pada tahun 2023 ketika menyewa sebuah kediaman di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bertindak atas kesedaran itu, dia kemudiannya mengemukakan aduan rasmi kepada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta dengan menegaskan bahawa dirinya hanyalah penyewa dan bukan pihak yang melantik ejen tersebut.

Selain itu, dia turut menyatakan tiada sebarang perjanjian bertulis yang menunjukkan persetujuannya untuk membayar yuran berkenaan, namun caj tetap dikenakan.

Dalam hantaran tersebut, turut dikongsikan perbualan antara penyewa dan ejen hartanah, di mana ejen berkenaan didakwa meminta agar aduan ditarik balik serta menawarkan perbincangan lanjut.

Agent fee

Bagaimanapun, penyewa itu kekal dengan pendirian tegas dan hanya bersetuju menarik balik aduan selepas bayaran penuh dipulangkan.

Ketegasan itu akhirnya membuahkan hasil apabila ejen terbabit mengembalikan keseluruhan wang sebanyak RM1,478 melalui pemindahan dalam talian, lengkap dengan resit sebagai bukti.

agent fee

Perkongsian tersebut mencetuskan reaksi meluas apabila ramai netizen tampil berkongsi pengalaman sama, khususnya melibatkan caj yuran kepada penyewa walaupun amalan sebenar menetapkan bayaran tersebut sepatutnya ditanggung oleh pihak yang melantik ejen, iaitu pemilik hartanah.

Orang ramai juga disarankan untuk membuat aduan rasmi melalui laman web bis.lpeph.gov.my/e-com sekiranya berdepan situasi serupa, selain lebih peka terhadap hak sebagai penyewa bagi mengelakkan ditindas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rapid
2026-04-15 15:21:12

Dilangg*r Bas RapidKL? Individu Dedah Realiti Pahit - "Anda Mungkin Terpaksa Tanggung Sendiri Kos, Hilang NCD"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...