Individu Dikecam Pertikai Pakaian Pelari Wanita Negara

Fesyen

Individu Dikecam Pertikai Pakaian Pelari Wanita Negara

Atlet olahraga, Azreen Nabila Alias menjadi bualan orang ramai apabila dia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bukan itu saja, dia juga berjaya memecahkan rekod peribadi dengan catatan masa 11.77 saat dalam sesi kelayakan.

Advertisement

3 years ago

Ahli Gimnastik Jerman Pilih Pakaian Lebih Sopan, Rupanya Ada Maksud Ingin Disampaikan

Selain dapat mecahkan rekod peribadi, penampilan atlet berusia 21 itu juga menjadi perhatian apabila mengenakan pakaian tertutup sekaligus berhijab ketika acara larian.

Menerusi laporan Astro Awani, Azreen turun dalam saringan keenam di lorong kedua bersama dengan barisan pelari yang lain dengan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11.91 saat.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaiannya meskipun dia tidak dapat melepasi pusingan pertama acara 100 meter.

Pun begitu, terdapat seorang individu memuat naik satu hantaran Facebook dipercayai mempertikaikan penampilan atlet berkenaan yang berhijab.

“Saya tak boleh terima yang dia berpakaian tidak seperti yang lain, seolah-olah berlari pada musim sejuk”.

penampilan atlet di sukan olimpik

Menurutnya, dia tidak kisah jika Azreen berada di kedudukan terakhir dalam acara larian 100 meter namun dia tidak boleh menerima pelari tersebut mengenakan pakaian seperti itu.

Fokus kepada pertandingan Tilawah Al-Quran

Individu berkenaan juga memberi pendapat mengenai agama Azreen yang menghalang untuk berpakaian seperti atlet lain serta menyarankan supaya hanya fokus kepada pertandingan Tilawah Al-Quran.

Dia juga turut mencadangkan supaya atlet bukan Melayu yang perlu menyertai acara larian tersebut.

Segelintir netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu berkenaan

penampilan atlet di sukan olimpik penampilan atlet di sukan olimpik

Walau bagaimanapun, hantaran Facebook itu telah dipadam setelah mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen berhubung kenyataannya.

Jika dilihat, terdapat beberapa atlet daripada negara lain juga turut mengenakan pakaian tertutup dan ianya tidak mengahalang mereka untuk beraksi di Sukan Olimpik kali ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...