Ahli Gimnastik Jerman Pilih Pakaian Lebih Sopan, Rupanya Ada Maksud Ingin Disampaikan

Fesyen

Ahli Gimnastik Jerman Pilih Pakaian Lebih Sopan, Rupanya Ada Maksud Ingin Disampaikan

Pasukan gimnastik dari Jerman telah tampil dengan pakaian yang menjadi tumpuan ramai apabila mengenakan pakaian yang tertutup dan lebih sopan dalam kejohanan Sukan Olimpik yang berlangsung di Tokyo.

Segelintir atlet akan berasa kurang selesa jika memakai pakaian yang agak ketat dan ‘terdedah’ serta berkemungkinan mereka akan hilang fokus ketika persembahan.

Advertisement

Ini berhubung dengan pasukan gimnastik dari Jerman yang memilih untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan atau unitard untuk para atlet. Ianya memberi gambaran sebagai pendirian mereka untuk tidak menyokong seksualisi dalam sukan.

ahli gimnastik jerman

Sumber : Instagram Sarah Vossi

Menerusi laporan Insider, salah seorang atlet mereka Sarah Voss berkongsi beberapa kepingan gambar di Instagram yang menunjukkan dia bersama atlet yang lain memakai pakaian dengan seluar panjang sehingga ke paras pergelangan kaki ketika berlatih.

ahli gimnastik jerman

Sumber : Instagram Sarah Voss

Dikhabarkan mereka juga turut memakai pakaian itu ketika bertanding di Kejuaraan Eropah di Basel, Switzerland April lalu.

ahli gimnastik jerman

Sumber : Insider

German Federation menjelaskan keputusan mereka untuk tidak memakai leotard pada kebiasaannya merupakan pilihan daripada para atlet gimnastik sendiri kerana menentang seksualisasi dalam gimnastik.

ahli gimnastik jerman

Sumber : Instagram Sarah Vossi

Menurut Sarah, dengan memakai pakaian yang menutupi badan dapat membantu ahli gimnastik untuk lebih selesa ketika latihan mahupun pertandingan.

“Kami memakai pakaian itu sebab pemakaian leotard akan membuatkan rasa tidak selesa terutamanya ketika melakukan split dan melompat. Ia tidak menutupi badan sepenuhnya”

Tambahnya, dia berharap agar dapat menjadi role model kepada mereka di luar sana untuk meneruskan kerjaya dalam gimnastik dengan cara yang selesa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...