Pempengaruh media sosial, Imran Bard meluahkan rasa kecewa apabila permohonan visa untuk ke Amerika Syarikat dibuatnya telah ditolak mentah-mentah.
Lebih membuatkannya sedih, sesi temuduga tersebut dibayar dengan harga RM888 namun selesai hanya dalam tempoh dua saat sahaja.
Menerusi X, Imran menceritakan keputusan individu yang menemu duga itu dibuat selepas mendapat tahu pekerjaannya adalah ‘content creator’.
Imran berkata dia cuba mendapatkan penjelasan mengapa permohonannya ditolak namun pihak khidmat pelanggan memaklumkan tiada sebab tertentu.
Korang, sekarang baru aku tahu kenapa. Aku single, 22, tak ada kerja tetap, tak ada gaji bulanan tetap dan kemungkinan aku tinggal di sana menggunakan visa pelancong dan tak balik adalah tinggi.
Guys now i know why. Im single,22, no fix job, no fix monthly income and possibility for me to stay there with tourists visa and tak balik is high🙃. https://t.co/w1fdYAhNX2
— Imran Bard (@imemerang) July 24, 2024
Hantaran Imran mendapat berbagai respon daripada warganet yang mencadangkan agar dia membuat tindakan susulan seperti mengepilkan bukti komitmen bulanannya, jika ada.
Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat mungkin alasan diberikan Imran untuk melancong ke Amerika Syarikat itu adalah salah satu penyebab permohonannya gagal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.