Nama Dalam Senarai Boikot, Imran Bard Bersuara – “Tahu Tak Betapa Banyaknya Brand Aku Reject, Sampai Masuk Mahkamah Kena Saman”

Trending

Nama Dalam Senarai Boikot, Imran Bard Bersuara – “Tahu Tak Betapa Banyaknya Brand Aku Reject, Sampai Masuk Mahkamah Kena Saman”

Giliran pempengaruh, Imran Bard pula bersuara selepas namanya tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 kerana didakwa masih menggunakan serta mempromosikan jenama mewah antarabangsa yang merupakan pro Israel.

Menerusi video berdurasi 8 minit di TikTok, Imran memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh warganet membabitkan kempen boikot ini.

Advertisement

imran bard

 

Ulas pasal hadiah Azfar Heri

Isu pertama yang dijelaskan olehnya adalah tentang hadiah hari jadinya daripada kepada rakan pempengaruh, Azfar Heri baru-baru ini.

Difahamkan, Imran telah menghadiahkan Azfar produk jenama mewah pro Israel namun katanya ia tidak dibeli menggunakan duitnya sendiri sebaliknya merupakan pemberian jenama itu kepadanya.

imran bard

 

Pergi event untuk networking, hari hari post pasal Palestin

Imran turut menjawab dakwaan bahawa dia sering hadir ke acara yang dianjurkan oleh jenama pro Israel dan katanya ia merupakan platform untuknya mencari rezeki.

Bagaimanapun, Imran akui tidak memuat naik apa-apa hantaran berkaitan acara sebegitu kerana menghormati keadaan dan apa yang sedang berlaku di Palestin.

Sekarang ni aku takde job, jadi aku kena cari job. Macam mana? Pergi event (networking). Takkanlah aku nak duduk rumah melepet je, aku kena pergi event, sayang. Apa yang susah sangat nak faham? Aku pergi event untuk buat PR (public relation).

@imeringue2♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven

Imran juga menepis tuduhan bahawa dia tidak pernah berkongsi tentang Palestin di platform media sosialnya malah akui banyak kali menolak tawaran kerja daripada jenama pro Israel sehingga menyebabkannya disaman.

Walaupun kita percaya pada rezeki Allah, tapi kita kena usaha sebab rezeki tak datang bergolek. Tahu tak betapa banyaknya brand aku reject, disebabkan boikot, ada yang nak saman. Sampai masuk mahkamah.

Siapa cakap aku tak pernah post? Hari hari aku repost, dekat TikTok, IG story, dekat X. Pergi tengok.

daiyan trisha
2 months ago

"Tak Semua Artis Boleh Buat Macam Ni.." - Tamat Kontrak Dengan Jenama Pro Israel, Daiyan Trisha Dipuji Warganet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...