“Imigresen Sana Paksa” – Sajat Dedah Hal Sebenar Lepas Netizen Ungkit Isu Bertelekung Di Mekah

Hiburan

“Imigresen Sana Paksa” – Sajat Dedah Hal Sebenar Lepas Netizen Ungkit Isu Bertelekung Di Mekah

Rasanya ramai yang tahu tentang isu usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat berpenampilan wanita di tanah suci biarpun dirinya berjantina lelaki beberapa tahun lalu.

Susulan isu yang dibuat, ramai pihak mengecam tindakan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjat Kamaruzzaman hingga dia dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak-pihak lain.

Advertisement

Diam seribu bahasa mengenai isu terbabit, baru-baru ini terdapat segelintir netizen membangkitkan semula isu berkenaan dan mempertikaikan tindakan Sajat memakai telekung semasa mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga.

Berani pertahankan diri, Sajat mendedahkan hal sebenar mengenai isu terbabit dan mengakui dirinya bukan sengaja ingin melupakan hal memakai telekung serta niqab di Mekah.

Menurut usahawan kosmetik itu, sebab dia memakai sedemikian kerana dipaksa oleh pihak Imigresen di negara terbabit.

Lillahi ta’ala sumpah. Memang saya sampai di Imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai niqab (telekung).

Turut menegaskan, penjelasannya itu bukanlah satu penafian mahupun penipuan, malah dia turut berani bersumpah atas nama ibu serta bapanya.

Pendedahan tersebut mendapat perhatian dan rata-ratanya bersetuju kerana susuk tubuh badan Sajat sememangnya boleh menimbulkan syahwat seseorang dan disebabkan itu, dia disuruh berpakaian sedemikian di Mekah.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

sajat umrah
4 years ago

Biarlah Itu Antara Saya Dengan Allah - Sajat Jelaskan Isu Pemakaian Ketika Umrah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...