Ikuti Keputusan Penuh Siaran Langsung ABPBH 2009 Di BeautifulNara

Hiburan

Ikuti Keputusan Penuh Siaran Langsung ABPBH 2009 Di BeautifulNara

keputusan abpbh 2009

Malam ini jam 9 malam di TV3 bakal berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009). Siapakah yang bakal memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009? Mungkin Datuk Siti Nurhaliza sebab ABPBH2009 ini adalah ABP yang terakhir untuknya?

Advertisement

Sama-sama nantikan live update keputusan penuh ABPBH 2009 secara langsung di BeautifulNara. Kami akan update dari semasa ke semasa. Anda jugak boleh join Facebook BeautifulNara untuk komen-komen tentang persembahan malam ABPBH 2009.

Siapa yang anda rasa bakal memenangi kategori-kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009?

Update terkini: Tahniah Datuk Siti Nurhaliza menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009. Tahniah kepada Kak Engku dan Shira yang berjaya memeriahkan majlis. Memang terbaik!!!

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

***Scha Al Yahya cakap Melbourne kat USA. Setau kitorang Melbourne kat Australia jer yang ada kot. Hmmm.. Nervous sangat kot.

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface (kalah plak Hujan)

6.  Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak (muahaha. buat lawak dgn aksi memeluk Irma)

7. Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah (semangat gile ucapan dia ~~)

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black Mentor (memang layak pun ~~)

9. Artis Baru Wanita Popular – Yunalis Zarai (yeahhhhhhh!!!! anda memang layak. Kesian kat Tiz tapi Yuna memang terbaik)

***super cute Diana Danielle berbaju pink nyanyi lagu Feminin..

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah (yeahhh ~~ kalah Fasha Sandha. U go girl!!! Baju mantap!!!)

***baju Watie Elite agak…. (isi tempat kosong sendiri)

***agak poyo Rosyam Noor. Ini pendapat peribadi jer ek~~

12. Artis Nasyid Popular – Rabbani

***cantiknya Nora ~~

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizad (wow, tahun nie memang tahun Aizad)

14. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza (bagusnya romantik gitu ngan suami tercinta)

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Hailar (pelat sikit gaya David Teo)

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay

***sumpah sedap suara Dayang ngan Aliyah nie~~

17. Anugerah Sepanjang Hayat – Datuk Khadijah Ibrahim

18. Anugerah Bintang PALING Popular Berita Harian – Datuk Siti Nurhaliza (tahniah, tahniah dan tahniah lagi. dapat kereta lagi. bagi kat saya la datuk ~~)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...