ABPBH 2009 Ialah ABP Terakhir Buat Dato’ Siti

Hiburan

ABPBH 2009 Ialah ABP Terakhir Buat Dato’ Siti

abpbh 2009

Kami nak melahirkan rasa kekaguman kami kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang secara suka rela menarik diri daripada menyertai ABP Berita Harian pada tahun depan. Untuk makluman anda semua, ABPBH 2009 adalah ABP terakhir buat Dato’ Siti. Mengapa? Kerana Dato’ Siti nak bagi can kat muka-muka baru. Asyik-asyik dia sorang je yang menang.

Advertisement

[note]Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini. Saya dah lalui acara ini dalam masa yang panjang dan saya sudah lalui susah payah bertungkus lumus berkempen untuk diri sendiri. Kini tiba masanya bagi peluang kepada artis lain pula.[/note]

Jika anda peminat Dato’ Siti pastinya anda akan kecewa. Tapi sekali sekala cubalah fahami hati Dato’ Siti. Kami rasa dia dah boring asyik menang je. Kalau masuk pertandingan apa-apa je mesti dia menang. Masuk AJL dia menang. Masuk ABP dia menang. Kalau ada pertandingan masak-masak pun rasanya dia menang gak kot.

Harap-harap dengan penarikan diri Dato’ Siti nie ada can la artis lain nak menang. Terima kasih kepada Dato’ Siti yang prihatin dengan monopoli kemenangan dirinya sendiri. Anda memang terbaik~~~

P.S: Korang tau tak sekarang nie Xpax tengah buat Big Freekin’ Sale? Untuk pengguna Blackberry, korang cuma perlu sms BB ON dan hantar ke 28882 untuk langgan plan Blackberry Advance 2.5G(RM2.50 sehari) dari hari Isnin sampai hari Jumaat. Lepas tue korang akan dapat Free Blackberry Access untuk hari Sabtu dan hari Ahad. Bayar untuk 5 hari dapat guna untuk 7 hari. Memang best kan? Maklumat lanjut baca sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...