Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat semalam mengumumkan bakal menerima kehadiran bayi perempuan yang akan dilahirkan sekitar September depan. Penyanyi lagu Pencuri Hati ini menerusi sidang media secara virtual memaklumkan, dia akan menjalani proses bersalin secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect).
Tambahnya, keputusan yang diambil itu tiada kena mengena dengan kesihatan ibu atau bayi. Sebaliknya, dia memang berhasrat untuk melahirkan anak melalui pembedahan sejak sebelum berkahwin lagi.
Walau bagaimanapun, pilihan Ayda itu tidak disambut baik sesetengah pihak. Netizen berpendapat, Ayda Jebat melepaskan peluang untuk merasai ‘nikmat’ sebenar melahirkan anak. Ada juga yang mengecam tindakan itu dengan berkata, ibu yang beranak ‘ikut tingkap’ tidak dapat mengeluarkan susu.
View this post on Instagram
Terbaru, selebriti ini menerusi hantaran di Instagram enggan memberikan sebarang komen berkenaan kritikan yang diterimanya itu. Ayda sebaliknya mengambil langkah menyebarkan kata-kata positif dan memberikan semangat kepada ibu-ibu yang lain.
Jelas Ayda, ibu yang terpaksa melahirkan anak secara pembedahan tidak perlu berasa malu, sedih atau tertekan. Malah, ada yang sehingga sanggup merahsiakan proses pembedahan semata-mata kerana tidak mahu diperlekehkan ibu yang bersalin secara normal.
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, Ayda menyeru orang ramai memberikan sokongan bukannya cemuhan. Apa yang penting adalah keselamatan ibu dan anak itu sendiri. Tidak kiralah bersalin secara pembedahan atau normal, anda adalah seorang ibu, jelasnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.