Pelakon dan juga pelawak senior, Jaafar Onn berkata dia tidak mempunyai niat untuk melukakan hati mana-mana pihak apabila bertindak untuk menegur artis-artis wanita veteran yang masih belum mengenakan hijab.
Ujar Jaafar, dia hanya menegur dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
Dia yang dihubungi media juga memaklumkan bahawa jika tegurannya secara umum itu telah mengguris hati mana-mana pihak, dia ingin memohon maaf.
Kepada yang terasa hati, saya minta maaf. Teguran saya itu secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Nak terima atau tidak, terpulang kepada diri sendiri. Dulu, saya pernah menegur seorang rakan artis yang sudah bertudung tapi memakai pakaian dengan warna kulit di bahagian bahu. Bila saya tegur, sampai sekarang dia dah tak tegur saya.
Tambah pelakon yang mula terkenal dengan drama sitkom Cili Padi ini lagi, dia tidak kisah jika niat ikhlasnya itu membuatkan dirinya disekat di mana-mana platform media sosial.
View this post on Instagram
Terdahulu, Jaafar memuat naik hantaran di media sosial mengenai artis wanita veteran yang masih belum bertudung dan dosa tidak menutup aurat itu ditanggung oleh suami.
“Ramai juga artis veteran yang masih belum berhijab. Berhijablah. Suami yang tanggung semua. Apa pendapat anda?” tulis Jaafar Onn dalam hantaran tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.