Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Sangka! Jaafar Onn Didakwa Pernah Jadi Vokalis XPDC Dan Berduet Dengan Jason Derulo Di Wikipedia

Jaafar Onn

Gara-gara tangan ‘nakal’ pengguna media sosial, halaman Wikipedia pelakon senior, Jaafar Onn telah dicemari dengan beberapa info tidak tepat yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi sebuah laporan media, halaman Wikipedia milik Jaafar Onn telah disunting dengan sengaja di mana latar belakang pelakon itu langsung tidak berkaitan dengan kerjayanya sebagai penghibur tanah air.

Advertisement
Jaafar OnnSumber : Google  

Antara info yang disunting adalah Jaafar Onn pernah berkolaborasi dan menghasilkan lagu bersama-sama kumpulan muzik Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold dan juga Jason Derulo.

Malah, dia juga didakwa sebagai bekas ahli kumpulan XPDC dan turut serta menjadi mangsa suntingan tidak bertanggungjawab berkenaan adalah MK daripada kumpulan K-Clique.

Jaafar OnnSumber : Wikipedia  

Setelah diteliti, info-info palsu berkenaan sudah dikesan berada di halaman berkenaan sejak 27 Disember 2020 dan kali terakhir disunting pada 18 Mei 2021.

Yang pasti, perkara-perkara seperti itu dapat memburukkan imej Jaafar Onn sebagai artis senior dan veteran yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan tanah air.

Jaafar OnnSumber : Wikipedia  

Setelah mendapat perhatian media, ruangan Wikipedia milik pelakon sitkom popular Cili Padi itu telah disunting dan info yang terdapat di dalamnya sudah diperbetulkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. nani

    June 4, 2021 at 12:19 pm

    Boleh sape boleh tolong bagitahu sejarah datang asal usul nama Onn ni ye. Dah bertahun cari jawapan ni.. Sbb pendek sangat rasanya nama ni nak bagi nama anak. Kecik2 dulu selalu tertanya Onn Jaafar, Jaafar Onn, Linda Onn..mcm2. Lagi satu nama Nasution :)) ingatkan bunyi Nasusyen.

    • Sejarawan

      June 4, 2021 at 6:16 pm

      Onn ni macam nama keluarga biasanya digunakan oleh orang jawa, banjar, atau bugis.

      Kelantan ada Nik, Wan.

      Sarawak ada Abang.

      Aceh ada Ungku, Teuku

    • Anon

      June 4, 2021 at 10:52 pm

      ya, itu semua nama keluarga. Nasution tu datang dari orang mendailing

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top