Sedia maklum, insiden tembakan yang dilakukan oleh seorang individu pengganas di Masjid Christchurch, New Zealand dua tahun yang lalu telah mendapat pelbagai reaksi serta perhatian daripada orang ramai termasuklah pengacara, Iesya Toh.
Menerusi hantaran perkongsian yang dibuat oleh Iesya di Instagramnya itu, dia meluahkan rasa marah terhadap pesalah yang merayu agar hukuman penjara sepanjang hayat diringankan kerana mendakwa dia berada dalam keadaan tertekan ketika melakukannya.
Masih ingat lagi setiap tembakan dia pada saudara Islam kita di NZ. Ada hati nak merayu hukuman!!
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan apa yang diperkatakan oleh pengacara itu dan ada juga netizen yang mahu agar pesalah tersebut dikenakan hukuman mati.
Lelaki pengganas tersebut dikenali sebagai Tarrant, difahamkan beliau bersenjatakan senjata api semi-automatik menyerang umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor sebelum ke satu lagi masjid di Linwood.
Dalam pada itu, dia turut melakukan penstriman langsung ketika membunuh mangsa termasuk warga tua, wanita dan kanak-kanak.
Sekadar info, New Zealand tidak mempunyai hukuman mati dan ketika prosiding keputusan itu pada Ogos tahun lalu, Hakim Cameron Mander berkata, dia menjatuhkan hukuman paling berat atas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.