Haziq Tarmizi Disahkan Terbunuh Dalam Serangan Pengganas Kulit Putih Di Masjid Christchurch

Trending

Haziq Tarmizi Disahkan Terbunuh Dalam Serangan Pengganas Kulit Putih Di Masjid Christchurch

Remaja Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang disenaraikan hilang setelah terbabit serangan seorang pengganas kulit putih di dua masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini, disahkan telah meninggal dunia.

Pengerusi jawatankuasa Kebajikan Negeri dan Masyarakat Penyayang Phee Boon Poh berkata ia disahkan oleh seorang kakitangan kedutaan Malaysia.

Advertisement

Katanya dalam satu chat berkumpulan di aplikasi telefon:

Haziq disahkan terbunuh. Ini maklumat yang diterima kedutaan.

Haziq ialah anak lelaki kepada Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang kini sedang dirawat kerana kecederaan tembakan di masjid Christchurch setelah kejadian serangan yang berlaku di Masjid Al-Noor, Jumaat lepas.

Seorang laki anak Tarmizi, Mohd Haris, 12, sedang menjalani rawatan di salah sebuah hospital kanak-kanak di Christchurch kerana trauma.

Dua orang lagi rakyat Malaysia, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39–cedera dalam serangan itu. Kedua-dua mereka juga sedang dirawat di Hospital Christchurch dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Sebelum ini, Kedutaan Malaysia di Wellington telah mencuba untuk mengesan Haziq, tetapi dia tidak ditemui.

Selasa lepas, polis New Zealand telah meminta ibu Haziq memberikan maklumat mengenai remaja itu, termasuk tanda atau parut pada badannya. – amazingnara.com via NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...