Menerusi akaun Instagram Iedil Putra sebentar tadi, pelakon filem The Assistant itu dipercayai hilang selepas pengumuman tergempar itu meminta orang ramai cuba mencarinya.
Pengumuman mengejutkan tersebut meminta sesiapa yang ternampak Iedil untuk memaklumkan tentang itu di direct message.
Aktor berusia 39 tahun itu dikatakan tidak dapat dihubungi sejak acara rasmi bersama Netflix yang berlangsung di Manila beberapa hari lepas.
Kami tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya sebab dan cuba untuk hubungi secara peribadi tetapi tiada jawapan.”
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Netflix Malaysia berkata berita kehilangan Iedil atau Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin itu adalah untuk tujuan marketing.
Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran. Iedil kini selamat dan sihat.”
Pada masa yang sama, Netflix Malaysia meminta maaf kerana kekeliruan dan kebimbangan yang timbul disebabkan promosi berkenaan.
Sementara itu, butiran lanjut mengenai kempen dimaksudkan itu akan didedahkan tidak lama lagi dan Netflix Malaysia berterima kasih kepada peminat yang memahami dan menyokong aktor tersebut.
Pengguna Twitter meluahkan kekecewaan dan menyelar tindakan Netflix Malaysia kerana menggunakan isu keselamatan orang lain sebagai salah satu taktik pemasaran.