“Jadilah Daripada Takde Langsung” – Sekadar Tetamu Jemputan, Aaron Aziz Tidak Berlakon Bersama Chris Hemsworth

Hiburan

“Jadilah Daripada Takde Langsung” – Sekadar Tetamu Jemputan, Aaron Aziz Tidak Berlakon Bersama Chris Hemsworth

Tular di media sosial sejak semalam mengenai pelakon Datuk Aaron Aziz yang dikatakan akan berlakon bersama aktor antarabangsa, Chris Hemsworth dalam filem Extraction 2.

Pihak pengurusan Netflix Malaysia walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan memaklumkan bahawa Aaron hanya hadir ke tayangan perdana itu sebagai tetamu jemputan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Aaron dan juga pelakon Iedil Dzhuhrie Alaudin juga tidak terlibat dalam sebarang babak lakonan untuk filem antarabangsa tersebut.

Aaron Aziz dan Iedil tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah berdasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana.

Terdahulu, Aaron ada memuat naik beberapa video dan foto di media sosialnya yang menceritakan keterujaan kerana dapat  berjumpa dengan bintang aksi terkenal Chris Hemsworth dan juga Sam Hagrave di Manila.

@therealaaronaziz

Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fyp? #aaron #aaronaziz #fyp??viral

? DJ PAIJO MUMET NDASE CR yt Yanz – Zeus66`music??

Netizen terutamanya peminat Aaron Aziz kemudiannya tampil mengucapkan tahniah kepada aktor itu setelah dia disangka terlibat untuk berlakon bersama bintang-bintang antarabangsa.

Filem Extraction 2 adalah sekuel kepada filem pertama Extraction yang terbit pada tahun 2020 dan ia akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 Jun ini.

10 months ago

"Sol Is Shaking" - Aaron Aziz Jumpa Chris Hermsworth, Peminat Tumpang Bangga

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...